Koleksi Peribahasa Bergambar dalam Bentuk ‘Smart
Note’. Kali ini dikongsikan senarai Peribahasa berserta maksudnya dalam kaedah
bergambar.
Maksud
Peribahasa Bergambar
Peribahasa ialah rangkaian dua ataupun lebih
perkataan bermakna yang memberi bahasa kiasan dalam makna yang mantap.
Ini bermaksud, peribahasa adalah bidalan atau ayat
yang tetap susunannya dengan membawa maksud maksud yang tertentu.Tujuan peribahasa adalah memberi nasihat,
pengajaran, sindiran, teguran dan sebagainya.
Peribahasa menurut Dewan Bahasa dan Pustaka
Peribahasa : ayat atau kelompok kata yg mempunyai
susunan yg tetap dan mengandungi pengertian yg tertentu, bidal, pepatah:
pegangan mereka yg teguh kpd ~ biar mati anak jangan mati adat, sudah cukup
menerangkan kebudayaan mereka.
Peribahasa
Bergambar
Rekabentuk Peribahasa ini boleh dilihat pada
ruangan di bawah. Nota Nota ini bolehlah digunakan oleh para guru dan sahabat
sebagai nota ‘Smart Note’ untuk pelajar pelajar kita.
Nota ini amat sesuai digunakan oleh semua lapis
pelajar dari peringkat sekolah kebangsaan hingga Tingkatan 5. Ini kerana
penguasaan penggunaan peribahasa dalam penulisan dan karangan pasti memberi
markah tambahan dalam penilaian karangan pelajar. Jadi setiap nota nota bergambar yang disediakan ini
bolehlah dicetak ataupun di ‘save’ kan dalam gajet bagi tujuan rujukan mudah
ataupun hiasan di kawasan kelas/ sekolah.
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila
download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Peribahasa Bergambar
Kepentingan
Peribahasa
Peringkat Umur
Seperti mana yang telah kita ketahui, tiada limit
ataupun had bagi penggunaan peribahasa. Penggunaannya yang sesuai bahkan
memberi nilai tambah dalam pemarkahan penulisan kita.
Ianya juga bukan setakat penggunaan pada pelajar,
malah boleh digunakan oleh guru guru ataupun sesiapa sahaja dalam penulisan
rasmi masing masing.
sumber asal: SGO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan