45 Teknik Pembelajaran Abad 21 yang boleh dijadikan rujukan untuk guru lakukan di dalam kelas.
Pdpc Abad 21
STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF
1. Fan-N-Pick
- Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilir-gilir
- Pelajar 1 :susun kad seperti kipas
- Pelajar 2 :pilih kad dan bacakan soalan
- Pelajar 3 :jawab soalan
- Pelajar 4: beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi
- Cari pasangan
- Bentuk dua bulatan , satu di dalam (Bulatan 1)dan satu di luar (Bulatan 2). Berdiri menghadapi pasangan
- Guru beri soalan /tugasan kepada murid dalam Bulatan 1.
- Pelajar dalam Bulatan 2 menjawab dan rakanyna hanya mendengar
- Beri pujian atau kukuhkan jawapan kawan apabila ia telah habis bercakap.
- Kemudian tukar peranan dengan soalan baru
- Akhir sekali tukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan
- Empat orang murid duduk dalam satu pasukan
- Setiap dua orang cari pasangan dalam pasukan tersebut
- Setiap pasangan diberi kad untuk memisahkan mereka .
- Pelajar 1mengarahkan Pelajar 2 melukis atau meneka gambar yang ada pada Pelajar 1
- (Pelajar 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang oleh Pelajar 1 )
- Apa yang dilukis atau ditekanya bergantung kepadakefahamannya dari arahan atau mesej yangdisampaikan olehPelajar 1
- Pelajar 1melihat hasil yang dibuat oleh Pelajar 2 dan mereka saling kukuh mengukuh
- Kemudian kedua-duanya tukar peranan
- 2 orang pelajar dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan dalam dua gambar yang ada pada setiap orang dari mereka
- Kemudian mereka bandingkan jawapan
- Akhir sekali tukar pasangan dalam kumpulan
- Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon tentang satu-satu perkara secara lisan
- Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat
- Secara berpasangan pelajar bergilir-gilir memberi respon atau menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen/pensil yang sama
- Dilakukan seperti Rally Table tetapi dalam pasukan berempat
- Dalam pasukan pelajar menulis respon kepada masalah dalam kertas masing-masing.
- Kemudian mereka mengedar catatan mereka mengikut pusingan jam supaya setiap ahli pasukan dapat menambah/membetulkan apa yang ditulis.
- Kadbod yang ada anak panah dan boleh dipusing digunakan untuk menentukan giliran siapa yang menyoal, menjawab, membetulkan dan memuji
- Setiap ahli dalam pasukan meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin bercakap dan memberi pendapat
- Mereka tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang diberi peluang
- Dalam pasukan berempat, pelajar mencari klu atau pelengkap kepada masalah dengan bergerak kepada kumpulan lain.
- Pelajar bergaul dan bergerak mencari bahan/perkara yang boleh dipadankan dengan bahan yang ada pada dirinya
- Pasukan membina masalah/soalan dan menghantar kepada pasukan lain untuk dicari penyelesaian
- Ahli pasukan berdiri
- Guru/rakan lain memberi soalan
- Pasukanhanya boleh duduk jika bersetuju dan berkongsi jawapan/pendapat dengan pasukan lain
- Seorang ahli dalam pasukan memberi tiga penerangan tentang sesuatu yang sebenarnya hanya dua yang betul atau benar. Satu lagi adalah salah
- Ahli lain diminta mencari yang mana yang salah
- Dalam pasukan berempat pelajar membuat barisan
- Pasukan diminta memberi jawapan kepada masalah yang diberi
- Pasukan membuat garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-pisah kalau tidak setuju
- Pasukan membentuk symbol, perkataan atau cara lain untukmenunjukkan kesepakatan
- Guru melukis satu gambar tentang sesuatu konsep/ perkara pada carta/papan hitam
- Ahli dalam pasukan bergilir-gilir menyambung melukis untuk menerangkan lagi konsep/perkara tersebut
- Setiap ahli pasukanmenulis satu jawapan /penyelesaian kepada masalah
- Pada masa yang ditetapkan semua menunjukkan jawapan secara serentak
- Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan
- Pasukan tulis lirik /nyanyi lagu mengikut rentak tradisional yang disukai kanak-kanak
- Secara pasangan, Pelajar 1 berkongsi pengalaman satu penyelesaiandalam masa yang ditetapkan dengan Pelajar 2
- Kemudian tukar peranan
- Pasukan duduk dalam bulatan
- Membincangkan jawapan untuk menyelesai masalah
- Apabila sudah dapat satu penyelesaian, berdiri bahu ke bahu untuk menunjukkan persetujuan
- Bila loceng dibunyi, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke pasukan baru untuk soalan yang berikutnya
- Pelajar tulis topic di tengah-tengah kertas mahjong
- Setiap ahli pasukan menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen yang berbeza untuk menunjukkan sumbangan idea setiap dari mereka
- Seorang pelajar mendeklamasikan baris pertamasajak atau menyanyi lagu
- Kemudian diikuti oleh rakan pasangannya
- Akhirnyna bersama-sama mendeklamasi /menyanyi bersama-sama dalam harmoni
- Pelajar hanya boleh memberi sumbangan idea setelah ia boleh mengulang jawapan kawan sebelumnya
- Pelajar membentuk pasukan mengikut arahan guru
- Bagi yang tidak sempat membentuk pasukan dalam masa yang ditetapkan,diletakkan dalam “Lost and Found”
- Guru kemukakan masalah kepada ahli pasukan
- Setiap ahli diberi masauntuk berfikir, kemudian membincangkannya dengan ahli pasukan yang lain secara berpasangan
- Semua ahli Pasukan diminta pula berkongsi jawapan kepada penyelesaian masalah
- Dengan isyarat guru , murid secara individu bergerak untuk melihat hasil perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan
- Apabila guru beri isyarat kedua,semua balik ke tempat asal dan kongsi dalam pasukan apa yang dipelajari dari rakan/pasukanlain
- Seperti di atas tetapimereka bergerak secara pasukan
- Hasil pasukan lain ditampal atau di lukis atas meja untuk pasukan lain melihat/membacanya
- Pasukan asal hendaklah meletakkan kertas dan pensil di atas meja supaya pasukan yang datang melawat boleh beri komen atau pengukuhan hasil kerja mereka
- Ahli kumpulan juga diarahkan oleh guru untuk berpecah sementara waktu untuk melihat stesen lain pula
- Setelah kembali semula kepasukan asal, ceritakan/laporkan pembelajaran/pengalaman yang diperolehi
- Tiga ahli pasukan pergi melihat hasil atau berbincang dengan pasukan lain
- Seorang tinggal untuk menyambut kedatangan rakan lain dan untuk menjelaskan kedudukan /hasil kerja pasukannya
- Bila selesai Murid 2 pula tinggal dan jalankan tugas di atas
- Kemudian Murid 3 pula tinggal dan begitulah seterusnya.
- Pasukan bincang topic
- Buat carta/pengurusan grafik
- Kemudian ke kumpulan lain untuk sampaikan pendapat mereka atau beri pendapat tentang hasil perbincangan kumpulan itu
- Buat carta/pengurusan grafik yang baru untuk kumpulan itu
- Begitulah seterusnya
- Setiap kali seorang ingin memberi pendapat ia diberi benang untuk dililit di tangan
- Akhirnya kumpulan dapat tahu siapa yang lebih memberi pendapat/idea
- Murid membentuk symbol tangan atau badan untuk menerangkan isi kandungan pelajaran
- Pelajar berfikir dan berbincang dalam pasangan untuk membentuk pernyataan individu
- Kemudian semua bekerjasama untuk membentuk pernyataan pasukan yang dipersetujui semua
- Setiap orang pelajar diberi identitinya pada belakang bajunya (disemat di belakang baju)
- Setiap dari mereka diberi tiga soalan sahaja untuk bertanya kepada kawan lain tentangidentity masing-masing.
- Rakannya hanya boleh menjawab “ya atau tidak”
- Apabila identity diperolehi hasil dari klu jawapan yang diberi rakan, individu tersebut boleh menjadi pakar rujuk kepada rakan lain yang belum ‘mengenalpasti” identitinya
- Pelajar buat sumbangsaran dan setiap dari mereka yang boleh menceritakan lebih lanjut akan idea tersebut,mencatat ‘initial” mereka
- Rakan lain bergilir-gilir untuk menemuramah rakan yangbijak (yg menulis initial tadi) untuk kefahaman lebih lanjut tentang ideanya
- Setiap pasukan dibekalkan sebuah fail yang di dalamnyaada soalan, kes atau masalah untuk dibincangkan
- Selepas 10-15 minit soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan kepada pasukan lain
- Setiap pasukan yang mendapat failbaru dari pasukan lain dikehendaki membaca soalan dan jawapan yang ada dalam fail berkenaan sebelum dibincang, ditambah, dihurai dan disunting.
- Setelah setiap pasukan respon kepada 2 atau 3Traveling File, soalan-soalan dan jawapan-jawapan tersebut dibincangkan dalam kelas secara keseluruhan.
- Setiap ahli pasukan berkenalan antara satu sama lain dengan bertanyakan maklumat diri berhubung dengan nama, tempat asal, hobi (sambil berdiri)
- Setiap ahli pasukan bekerjasama memberi sumbangan menamakan pasukan, membentuk pasukan sorak ( team cheers), logo pasukan dan warna pasukan
- Setiap ahli pasukan menyenaraikan nilai-nilai dari yang tertinggi hingga yang terendah dalam aspek kehidupan seharian seperti keselamatan famili, keamanan dunia, keseronokan hidup
- Selepas itu setiap ahli menyenaraikan pula nilai-nilai murniberdasarkan keutamaannya seperti penyayang, jujur, bebas, bertanggungjawab, setia dan lain-lain
- Setiap ahli berikutnya membuat perbandingan untukmenilai hasil kerja mereka
- Pelajar dikehendaki mencari seseorang yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti rancangan televisyen yang digemari, makanan kegemaran, ataupun pelajar diberi lambaran kerja yang mengandungi beberapa soalan untuk dicari jawapannya daripada rakan sekelasnya yang tahu
- Setiap pasukan membincangkan sesuatu topik , kemudian mencatatkannya di kertas sebak dan memaparkan di tempat pasukan masing-masing
- Setiap pasukan akan bergerak dari satu pasukan ke satu pasukan untuk membuat penilaian hasil kerjasetiap pasukan
- Setiap ahli pasukan boleh membuat komen,tambahan idea atau persoalan pada kertas berkenaan dengan menggunakan warnapen yang berbeza
- Empat orang pelajar dalam satu pasukan
- Langkah 1 : Secara berpasangan seorang pelajar menjadi penemuduga dan seorang lagi yang ditemuduga
- Langkah 2 : Pasangan bertukar peranan di atas
- Langkah 3 : Setiap pelajar secara bergilir berkongsi pengalaman yang dilalui semasa temuduga dengan ahli pasukan yang lain
- Diwujudkan 2 kategori iaitu contoh dan bukan contoh
- Fasilitator beri ransangan
- Ahli pasukan berbincang secara Round Table untuk wujudkan hipotesis
- Setelah hipotesis dibuat secara berulang-ulang dan konsep berkenaan telah dipersetujui oleh semua ahli, satu keputusan dibuat untuk menerima konsep tersebut
Sumber : Dari Grup Sebelah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan