Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah merupakan
sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak
termasuk KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini
adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.
Data yang disimpan melalui sistem ini boleh
digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN, dan KPM untuk membuat sebarang
analisis. Sistem analisis atas talian ini juga boleh bertindak sebagai “Early
Warning System” kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV(Take of Value), AR
(Actual Result) dan ETR (Expected Target Result).
Sistem
Analisis Peperiksaan Sekolah
1. SAPS Online Khas Login SAPS Guru
SAPS Guru boleh dicapai melalui Portal NKRA seperti
berikut :
> SAPS Online <
Login Ini Khas Untuk Guru
2. SAPS Online Khas Login SAPS Ibu bapa
SAPS Ibubapa boleh dicapai melalui Portal NKRA
seperti berikut :
Login Ini Khas Untuk Ibubapa
Bagi yang kurang berjaya, diharap jadikan keputusan
kali ini sebagai satu iktibar buat anda dan usaha lagi pada masa hadapan.
INGATLAH ilmu yang berkat dari guru dan restu ibubapa sangat penting.
Bantuan
Mengenai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
Setiap sistem yang di lancarkan oleh Kementerian
Peperiksaan Biasanya mempunyai bantuan khas jika mempunyai pengguna seperti
kita terutama para guru menghadapi masalah. Secara mudahnya, jika anda
mempunyai masalah untuk memahami singkatan yang digunakan didalam sistem ini
berikut dikongsikan dari laman rasmi sistem analisis peperiksaan
sekolah nkra mengenai senarai singkatan dan maksudnya.
SAP S Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
SUP Setiausaha Peperiksaan
GMP Guru Matapelajaran
GK Guru Kelas
KP Kad Pengenalan
APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid
JPN Jabatan Pelajaran Negeri
Baiklah, jika anda mempunyai sebarang masalah
teknikal atau ingin bertanya sesuatu maka boleh hubungi atau dapatkan bantuan
seperti berikut;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan