Program Runding Cara Ibu Bapa Bersama Guru Tahun 6
telah selamat diadakan di SK Panji, pada hari ini, Khamis 4/5/2017.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama, permuafakatan
dan persefahaman di kalangan warga guru SK Panji dengan ibu-bapa pelajar Tahun
6.
Majlis tersebut bermula pada jam 11.00 pagi. Di samping itu juga, Naib Yang DiPertua PIBG, Puan Che Kasma, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Wan Mohd Zairy, Pemangku PK HEM, En. Mohd Ridzuan, PK Ko-Kurikulum, En. Amiruddin Sham dan sebilangan besar guru-guru Tahun 6 SK Panji turut hadir bersama dalam majlis ini.
Secara umumnya sambutan yang diberikan oleh para guru dan ibu bapa dalam menjayakan majlis tersebut sungguh menggalakkan. Di harapkan dengan adanya program yang bermanfaat besar seumpama ini, secara tidak langsung ia dapat membantu dari segi psikologinya kearah peningkatan prestasi pencapaian akademik para pelajar khususnya yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR 2017 nanti .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan