:: SELAMAT DATANG KE PORTAL UNIT KURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI ::

SKPKURIKULUM LABEL

Bahan PdPc (7) LINUS (2) PAJSK (2) PAK21 (5) Panitia (11) PBS (3) PSS (6) RPH/RPT (2) SEGAK (1) SIP+/SiSc+ (1) SKPMg2 2017 (8) Umum (6) UPSR (22)

Isnin, 8 Mei 2017

Perkaitan Jadual Berkala Unsur dalam Kehidupan


Perkaitan Jadual Berkala Unsur dalam Kehidupan Sebenar. Kali ini kami telah menemui bahan yang amat menarik dalam pembelajaran. Mungkin ramai yang masih belum ketahui akan bahan ini iaitu Jadual Berkala Unsur dan contoh penggunaannya dalam kehidupan sebenar. 

Oleh itu, kami mengambil kesempatan ini untuk berkongsikan bahan tersebut pada posting kali ini dan jika anda mahukan rajah yang lebih jelas anda boleh dapatkannya di kotak muat turun di bawah. Bahan ini amatlah sesuai bagi Mata pelajaran Sains ataupun Subjek Kimia, Material Bahan ataupun apa sahaja subjek sains yang berkaitan dengan bahan ataupun logam.


Apakah itu Jadual Berkala Unsur?

Jadual ini adalah bermaksud himpunan unsur kimia yang diketahui dalam bentuk jadual. Unsur unsur ini dipaparkan mengikut struktur elektron yang mana disenaraikan mengikut nombor atom dan simbol kimia.



Jadual Berkala Unsur Dalam Kehidupan Sebenar

Sebelum Bercerita lebih lanjut tentang Jadual Berkala Unsur, kita seharusnya memberi gambaran yang jelas tentang aplikasi sebenar ilmu ini dalam kehidupan sebenar. Sudah pasti ianya selaras dengan kehendak pembelajaran Abad Ke-21 yang mana kaedah pengajaran perlu selari dengan penggunaan teknologi dan bahan terkini.

Disebabkan itu, pendekatan contoh terlebih dahulu dirasakan lebih mudah sebelum pergi mendalam ke arah penjelasan maksud terperinci.

Contoh Aplikasi Jadual Berkala Unsur




Dapatkan Jadual Berkala Unsur disini

Sila download menggunakan link yang telah disediakan. Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’



Pengenalan Jadual Berkala

Jadual berkala mempunyai 117 unsur kimia. Ini merupakan senarai terkini dan mungkin akan sedikit berkurangan atau bertambah bergantung kepada penemuan penemuan yang baru oleh ahli sains.

Sifat sifat Dalam Jadual Berkala

-simbol
-struktur hablur
-jejari atom
-sifat-sifat asid atau bes
-keelektronegatifan
-haba pengewapan
-jejari ion
-haba pelakuran
-kekonduksian terma
-muatan haba tentu
-isi padu atom
-Jejari kovalen


Kumpulan Kumpulan dalam Jadual Berkala

Dalam jadual unsur, setiap unsur disusun secara nombor atom menaik pada susunan mengufuk(kala). Dalam lajur pula, Jadual ini disusun dalam kumpulan yang sama.

Walaupun sifat kimia sakan akan sama, sifat fizik akan berubah apabila menuruni kumpulan masing masing.

Kumpulan 1 – Logam alkali
Kumpulan 2 – Logam bumi beralkali
Kumpulan 3
Kumpulan 4
Kumpulan 5
Kumpulan 6
Kumpulan 7 – Halogen
Kumpulan 8 – Gas adi
Satu blok unsur unsur berasingan dipanggil unsur peralihan terletak di antara kumpulan 2 dan kumpulan 3.

Terdapat 7 kala dalam jadual ini. Iaitu Kala 1 hingga Kala 7.

Kala dalam Jadual Unsur?

-Kala adalah disusun dalam tertib melintang dalam jadual
-Kala adalah jumlah petala elektron dalam atom. Kala 1 mempunyai 2 unsur.
-Kala 2 dan 3 mempunyai 8 unsur. Kala 4 dan 5 terdapat 18 unsur dan Kala 6, 32 unsur, Kala 7 23 unsur.

Kumpulan dalam Jadual Unsur

-Kumpulan adalah disusun dalam tertib menegak dalam jadual.
-Jadual ini mempunyai 18 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai perihal yang serupa dalam elektron valens mereka.

-Jadual Berkala sebenarnya disusun dalam segi penamaan, kumpulan, dan kala menurut sistem IUPAC.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan